Selebriti versatil Roslan Shah menegur tindakan penyanyi baharu Iqbal Zulkefli yang tular pula dengan aksi pijak-pijak duit menerusi video yang dirakamkan oleh penyanyi Ariff Bahran baru-baru ini.

Kata Roslan, tindakan Iqbal itu seakan-akan tidak menghormati rezeki Allah dan menjadi contoh tauladan tidak elok kepada orang awam.

"Orang waras saja boleh menilaikan duit tidak boleh dipijak-pijak kerana apa yang kita dapat kita kena bersyukur dan duit adalah sumber rezeki diterima dari tangan bukan kita pijak dengan kaki.

"Manusia ada fikiran dan dididik oleh ahli keluarga sebenarnya tetapi akhir zaman sekarang duit pun sanggup untuk dipijak-pijak.

"Apabila Cik Lan ternampak di TikTok tadi video itu, Cik Lan terus terasa terkilan pun ada dan rasa marah pun ada... memang itu duit Iqbal, boleh buat sesuka hati tetapi bukan untuk dicontohi orang awam kerana ramai budak budak kecil sampai ke tua pun sekarang ada TikTok," katanya.

Justeru, Roslan menasihati Iqbal agar menghormati adab dan tidak sewenang-wenangnya mencari publisiti dengan cara mengaibkan diri sendiri.

Roslan juga bertegas untuk memulangkan semula wang sumbangan yang pernah dihulurkan Iqbal kepadanya sebelum ini.

"Cik Lan Rasa Hilang hormat kepada Iqbal dan Cik Lan tak nak budak-budak kecil akan ikut cara seperti ini... Iqbal kena jaga adab insya-Allah orang akan senang dan hormati kita...

"Mencari perhatian dan untuk popularkan diri semuanya boleh saja, cuma bab pijak duit Cik Lan sangat tidak berkenan dan adalah salah dalam agama....Kekayaan hanya di dunia saja dan kekayaan di akhirat hanya amalan kita nanti.

"Maaf duit yang Iqbal kasi kepada Cik Lan tempoh hari tu Cik Lan akan pulangkan RM1,000 ya. Tahniah Iqbal dah jadi artis, lagu terbaru yang bertajuk Hujan harga RM500,000 kalau boleh genapkan RM1 juta ya. Suara 70/100 kualiti lagu dan muzik 85/100 so good luck Iqbal ....Artis paling popular hanya di dunia sementara waktu," katanya.



Terdahulu, Roslan pernah mencuri perhatian apabila mendedahkan bermimpi mengahwini ujutawan kosmetik Datuk Seri Vida.

BACA: Roslan Shah Mimpi Kahwini Vida, Mohon Maaf Pada Iqbal - "Tak Semestinya Seorang Lembut Tak Boleh Bercinta Ya"


***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!