FILEM
Aksi Mendebarkan & Gelak Ketawa… Ini 4 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Jumanji: The Next Level
Naskhah pengembaraan kegemaran ramai, Jumanji kembali dengan filem Jumanji: The Next Level yang telah menjengah pawagam seluruh Malaysia bermula semalam.
Diarahkan oleh Jake Kasdan, Jumanji: The Next Level bergenre komedi pengembaraan menjanjikan elemen yang lebih menarik berbanding filem Jumanji terdahulu.
Berkesempatan menonton filem ini sewaktu majlis tayangan perdananya, Gempak simpulkan empat sebab kenapa anda perlu menonton filem ini di pawagam.
1. Jalan cerita
Filem ini mengisahkan empat sekawan yang terperangkap di dalam permainan video. Dalam cubaan menyelamatkan seorang rakan, Spencer, mereka perlu berdepan dengan satu misi penting sebelum boleh keluar daripada permainan tersebut.
Dari segi jalan cerita, filem ini memberikan kelainan. Jumanji: The Next Level memberikan aksi yang padat serta elemen komedi yang berterusan hingga membuatkan anda tidak berkelip mata kerana jalan ceritanya yang menghiburkan.
Filem ini sesuai ditonton oleh seisi keluarga.
2. Barisan pelakon
Masih mengekalkan barisan pelakon yang sama, The Rock, Karen Gillan, Kevin Hart, Jack Black, dan Nick Jonas, filem ini turut menampilkan Danny DeVito, Danny Glover dan Awkwafina.
Pujian harus diberikan kepada Awkwafina kerana wataknya sebagai Ming sangat menonjol dan memberikan warna kepada Jumanji: The Next Level.
Ada beberapa babak dimana mereka perlu bertukar karakter membuatkan penonton terhibur dan pasti mata anda tetap tertumpu pada Ming.
3. Faktor X
Strategi meletakkan filem ini pada hujung tahun mungkin berjaya kerana ia mampu membuatkan filem ini pecah panggung.
Sinematografi yang cantik juga pasti membuatkan anda terpegun. Dengan adanya elemen hutan, padang pasir, kawasan pergunungan salji dan istana lama, filem ini cukup menyegarkan mata penonton.
Setiap cabaran yang terpaksa mereka lalui juga bakal membuatkan anda ternganga. Tak rugi!
4. Nick Jonas oh Nick Jonas!
Anggota kumpulan Jonas Brothers ini antara daya penarik filem Jumanji: The Next Level.
Walaupun dia hanya muncul di tengah-tengah cerita, itu tidak mematahkan semangat para gadis untuk menatap wajah kacak suami bintang Bollywood Priyanka Chopra ini.
Tahap lakonan Jonas mungkin biasa-biasa sahaja, tidaklah sehebat nyanyiannya tetapi kekoknya itu boleh dimaafkan.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Jumanji The Next Level yang sudah mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 5 Disember ini!