Aksi Ray JoHaRa Sahut Cabaran #kekechallenge Lebih Berbahaya Tapi Mencuit Hati

Elrafaei Sapi
Julai 26, 2018 10:34 MYT
Menari gaya #kekechallenge atau #inmyfeelingschallenge terus menjadi ikutan ramai selebriti termasuk aksi terbaru dilakukan penyampai radio ERA, Ray yang mencuit hati netizen.
Menariknya, Ray melakukankannya ketika dia masih memandu di lebuh raya!
Jangan terkejut sebab Ray hanya turun keluar dari kenderaan dan menari ketika kereta terperangkap dalam kesesakan lalulintas.
Menurut statusnya di Instagramnya, @raydapdap menyatakan dia ketika itu dalam perjalanan balik dari Johor ke Kuala Lumpur sebelum terbabit dalam kesesakan lalulintas di kawasan Melaka.
Apa yang membuatkan netizen di media sosial terhibur apabila dia berani keluar dari kereta untuk menari.
Malah, lebih mencuit hati sebaik kenderaan lain mula bergerak.
"Nyempat kau bang ... Hahahaha," kata netizen, @amer_damanhuri.
Komen @norashiha22 pula bimbang terhadap keselamatan selebriti itu berdiri di tengah lebuh raya.
"Bhaya kn diri je abg @raydapdap ,bt nye motor dr blkg...Cm mne??," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#Era #Ray #Era #kekechallenge