Satu sedutan video yang memaparkan tindakan penjaga gol team skuad Malaysia, Syihan Hazmi menepuk bahagian belakang kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung Min ketika perlawanan Piala Asia malam semalam berjaya mencuit hati netizen.
Menjengah ke ruangan komen platform X, ada segelintir netizen turut cuba meneka perbualan antara Syihan dan Son.

“Mesti dia cakap, gwenchana Son.

“Mesti dia cakap ‘Club kau ada kosong? Nanti ada kosong roger’.

“Syihan cakap ‘Nanti kau tolong promote aku kat EPL,” teka beberapa netizen dengan nada seloroh.

Berita Trending: Penampilan Macam Goku, Rupanya ‘Mamat Cina’ Menangis Tengok Bola Jual Motor Demi Ke Doha Sokong…

Dalam pada itu, skuad Harimau Malaya berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila meraih keputusan seri 3-3 ke atas kumpulan gergasi Asia, Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam tadi.

Kejayaan itu membolehkan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon anak-anak membawa pulang satu mata selepas tewas dalam dua perlawanan awal peringkat kumpulan.

Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan kekal dengan kedudukan naib juara Kumpulan E dengan Bahrain muncul sebagai juara apabila menewaskan Jordan 1-0 pada aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa semalam.