Aksi Vince AF1 Bersama Anak Sempena PRU14 Tarik Perhatian Netizen

Elrafaei Sapi
April 11, 2018 13:47 MYT
Penyanyi, Vince Chong turut menarik perhatian netizen sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) menerusi aksi jenaka bersama bayinya.
Bekas juara Akademi Fantasia musim pertama ini memuat naik video dia mendukung anaknya yang sedang menangis di media sosial.
Meskipun, netizen kasihan melihat bayi tersebut yang terus menangis sebaliknya mereka terhibur dengan cara Vince memujuk bayinya dengan kata-kata untuk pergi mengundi pada PRU14.
"Saya tahu kita mahu menang. Tolong senyap... saya faham. Awak terlalu muda untuk mengundi… mungkin tahun depan," katanya.
Aksi Vince yang mengajuk bayinya itu menangis juga menghiburkan netizen di Instagram.
Namun, dalam kapsyen statusnya itu, Vince menyatakan pendiriannya untuk mengundi demi masa depan anaknya.
Ujarnya, walaupun generasi sekarang mungkin tidak lagi hidup pada masa akan datang tetapi dia percaya dan memikirkan nasib generasi akan datang.
"Jangan risau dia cuma menangis sekejap dan dapat susu," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @vincetogram
#Akademi Fantasia #Vince Chong #AF1