Berita
Aktiviti Renang Di Kolam Selamat Dari COVID-19 Jika…
Aktiviti riadah di kolam renang yang berklorin adalah selamat dari jangkitan COVID-19 menerut laporan Awani.
Demikian dinyatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil menetapkan syarat bahawa kolam renang itu harus diselenggara dengan baik dengan jumlah peratusan klorin yang dibenarkan.
WHO dalam laman sesawangnya menjelaskan, bagaimanapun, pengguna kolam renang dinasihatkan agar berjaga-jaga dan harus mengelak diri dari memasuki kolam renang yang sesak.
Juga, mereka perlu memastikan jarak 1 meter antara satu sama lain dapat dipraktikkan, terutama sekiranya ada yang batuk dan bersin di sekitar kawasan kolam renang.
Dalam pada itu, Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit di Amerika Syarikat juga mendedahkan, tiada penemuan dan bukti mendakwa COVID-19 boleh disebarkan melalui kolam renang, tab mandi dan taman air.
Lebih-lebih lagi apabila venue akuatik ini biasanya yang menjalankan operasi nyahkuman air menggunakan klorin atau bromin yang boleh menyahaktif virus tersebut.
Kerajaan Malaysia membenarkan aktiviti riadah kolam renang di kolam renang awam, hotel, kondominium, komuniti berpagar, serta kolam renang persendirian mulai hari ini.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video