Kabar duka pun menyelimuti dunia seni Indonesia apabila dua orang karyawan seni tanah air dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Mereka ialah aktor muda FTV Ranza Ferdian dan komedian senior, Nana Krip.
Dilansir dari Liputan6.com, kabar meninggalnya Ranza yang juga model iklan pertama kali terkuak melalui sahabatnya bernama Ferdi Ali yang menyampaikan ucapan dukacita terhadap kepergian Ranza.
Lewat postingan di akun Instagramnya, pria itu menulis: ""Innalilahi Wainnailaihi Rojiun.. @ranza_ferdianRanza sudah mencapai titik terakhir dalam menjalani kehidupan dunia ini..Semoga Allah mengampuni semua dosa2-mu, kesalahan2-mu dan semua kekeliruanmu.
"Dan semoga Allah melapangkan dan menerangi kuburmu.. aamiin.. aamiin ya Allah.. aamiin.. Wahai orang yang disibukkan oleh dunia, Dan tertipu oleh angan-angan, Sadarlah, kematian selalu datang tiba-tiba. Kubur adalah tempat memanen amalmu."
Setelah kabar itu beredar, sang ibu pun sempat mengucapkan terima kasih buat semua yang menyampaikan doa buat anaknya selain memohon maaf bagi pihak pelakon yang pernah ikut main dalam sinetron Raja Salon Balapan dan film Surga di Telapak Kaki Ibu itu.
Walaupun punca kematiannya yang sebenar belum diketahui, namun seorang netizen sempat menjawab sebuah pertanyaan tentang penyakit Ranza dengan mengungkapkan pria itu menderita sakit kelenjar getah bening.
"@agathareyzky kelenjar getah bening," tulis akun @hari_samsidin.
Sementara itu, kabar meninggalnya komedian Nana Krip juga menyentak perhatian publik.
Pria itu pernah bergabung dalam grup komedi yang berjaya di era 80an iaitu Sersan Prambors bersama Sys Ns, Pepeng, Mukhlis Gumilang dan Krisna.
Kematian Nana Krip dipercayai karena menderita komplikasi terutama di paru paru yang menyebabkan dirinya mengalami penurunan kesehatan.
Menurut Krisna, sebelum meninggal dunia, Nana Krip sempat menjalani perawatan di Rumah Sakit Islam Cempaka Putih, Jakarta Pusat.
"Baru beberapa hari dirawat di rumah sakit," kata Krisna saat dihubungi Liputan6.com di Jakarta, Rabu (20/2/2019).
Jenazah Nana Krip disemayamkan di rumah duka di kawasan Bendungan Jago, Kemayoran, Jakarta Pusat.
Sumber: Liputan6.com
Kredit foto: Liputan6.com
Instagram: Ranza Ferdian
Oleh: Maliah Surip
Gempak ID
Wed Feb 20 2019
Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110
Tindakan seorang remaja lelaki dipercayai bertolak ke Makkah untuk menunaikan ibadah umrah dengan hanya menaiki motosikal mendapat perhatian ramai orang.
Aaron Aziz Pegang Watak Sebagai Abang Sulung Dalam Filem ‘The Experts’ - “Saya Tak Banyak Buat Aksi Cuma Ada…”
Mesti best filem The Experts!
Berdepan Masalah Jantung, Hail Amir Meninggal Dunia Di HKL
Al-Fatihah...
Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…
Disangkakan wanita, rupa-rupanya lelaki. Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang jejaka apabila identiti wanita yang dinikahinya terbongkar selepas baru sahaja 12 hari mendirikan rumah tangga.
Kutuk Payudara Bekas Isteri ‘Rata’, Ria Ricis Mahu Masukkan Silikon Tarik Nafsu Teuku Ryan
Selepas beberapa hari sah bercerai, nama Teuku Ryan dan Ria Ricis tetap hangat menjadi bualan
Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Umum sedia tahu penggunaan minyak wangi secara keterlaluan dalam kalangan wanita sehingga menarik perhatian lelaki adalah berdosa dan boleh menimbulkan ‘zina’ mata dan hidung sekiranya ada yang tertarik kepadanya.
"Tiada Duka Abadi Demi Kehidupan Yang Lebih Membahagiakan" - Coretan Ellie Suriaty Buat Bella Astillah
Pelakon prolifik Ellie Suriaty tampil menitipkan coretan buat Bella Astilah yang ketika ini sedang berdepan ujian rumah tangga bersama Aliff Aziz.
#Sheriff: Kutipan Cecah RM52 Juta! Penonton Ramal Boleh Kejar Polis Evo 3 -“ Power Adik-Beradik Ni!”
Alhamdulillah, tahniah Syafiq Yusof.
“Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri
Yang malas dan ada masalah disiplin awas ya.
Busana Nikah Afifah Nasir Jadi Perhatian - “Cantik Tapi Tak Sesuai, Suami Tu Elok Je Berbaju Melayu”
Baju nikah Afifah Nasir jadi perhatian.