Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Aktor Yang Popular Dengan Watak Albus Dumbledore Meninggal Dunia

Izwan Isa
28/09/2023 13:06 MYT
Pelakon yang popular dengan watak Albus Dumbledore, Sir Michael Gambon meninggal dunia pada hari ini selepas menghidap penyakit radang paru-paru.

Berita pemergian Sir Michael disahkan oleh keluarga mendiang menerusi laporan portal Mail Online. Michael meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Isteri mendiang dan anak lelakinya, Fergus Gambon berkata: “Kami berasa sangat sedih untuk mengumumkan kehilangan Michael Gambon,” ujar mereka.

Sir Michael memulakan kerjaya seninya selama 60 tahun bersama pelakon terkenal, Sir Laurence Olivier sebagai ahli asal Teater Negara Diraja.

Beliau amat disenangi penonton dan dikenali menerusi watak ikonik Albus Dumbledore menerusi siri filem Harry Potter.

Sir Michael memulakan kerjaya dalam bidang seni sebagai ahli asal Teater Negara Diraja.

#lbus Dumbledore #Sir Michael Gambon