Hiburan
Aktres Buat Hal Dengan Pereka Fesyen
Miss K dah banyak kali dengar cerita mengenai seorang aktres ini yang memang selalu didakwa buat perangai.
Selain dakwaan selalu buat hal, aktres ini juga dikatakan mempunyai sejenis ‘perangai’ gemar mengikut kepala sendiri.
Miss K dihubungi oleh seorang rakan pereka fesyen yang meluahkan rasa terkilan terhadap aktres ini.
“Miss K, sebelum ini, dia tak nak pakai baju yang aku siapkan atas alasan baju tersebut seksi. Mungkin baju itu sedikit seksi untuk dirinya, jadi tak mengapalah. Aku fikir yang tak ada rezeki untuk dia sarungkan baju aku.
“Masalahnya, cara dia tu Miss K. Cara dia tak nak pakai baju yang aku dah siapkan tu, buat aku terasa hati. Dia menolak terus.
“Aku yang memang dah banyak dengar cerita kurang manis pasal dia pun ambil keputusan untuk tak melayan perkara tersebut. Aku pun malas nak fikir mengenai insiden tersebut,” kata rakan Miss K.
Namun begitu, kejadian yang berlaku baru-baru ini membuatkan rakan Miss K mengambil keputusan untuk terus ‘memadam’ nama aktres itu dalam diari kerjayanya.
“Baru-baru ini, aku dihubungi oleh seorang rakan media. Dia meminta bantuan untuk menyiapkan busana untuk aktres tersebut. Sebelum bersetuju, aku berfikir dua kali. Nak ke tak nak buat sebab sebelum ini pernah ada kejadian buruk dengan aktres tersebut.
“Namun, aku mengambil jalan untuk membuka lembaran baru sempena kedatangan tahun 2017 ini. Aku nak membantu rakan media tersebut serta mencari peluang untuk bekerjasama dengan aktres ini dan melupakan semua kejadian lama.
“Rupa-rupanya, tanggapan aku salah. Sekali lagi aktres ini buat hal. Dia tak mahu menyarungkan baju yang telah aku siapkan. Macam-macam alasan dia bagi.
"Kalau tak nak pakai pun, sekurang-kurangnya bermanis muka je la, tapi ini tidak, dia siap tarik-tarik muka. Aduhai, tak payah nak buat-buat muka macam tu. Ni dah kali kedua aku kena.
“Jika dulu aku selalu dengar kisah buruk dia, aku tak percaya. Sekarang aku dah faham sendiri. Aku memang malas dah nak layan dia. Sekarang ini nama dia dah aku padamkan. Lantaklah,” kata rakan Miss K lagi.
Hmmm, begitulah kisah yang disampaikan oleh rakan Miss K. Macam tu lah gayanya, artis ni memang ada pelbagai macam ragam.
Cuma orang yang terlibat dalam dunia hiburan sahaja tahu perangai artis yang pelbagai ini. Jadi, nasihat Miss K, kurang-kurangkanlah buat perangai. Bekerja dalam industri ini memerlukan sifat tolak ansur!
Miss K: Tak sabar nak tengok gandingan Emma Maembong dan Hisyam Hamid dalam drama bersiri Sayang Papa Saya Tak yang bakal bersiaran bermula minggu hadapan, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!