Aktres Mia Goth Disaman Sengaja Tendang Kepala Pelakon Tambahan
Maliah Surip
21/01/2024 13:21 MYT
21/01/2024 13:21 MYT
Aktres Mia Goth berdepan tuduhan saman selepas didakwa menendang kepala seorang pelakon tambahan dengan sengaja saat penggambaran.
Isteri aktor Shia Labeouf itu didakwa sengaja menendang kepala James Hunter sehingga menimbulkan kecederaan seperti mengalami sakit kepala, sakit leher, vertigo selain trauma.
Pelakon itu juga mendakwa bintang berusia 30 tahun tersebut telah diingatkan untuk tidak menyentuh bahagian kepalanya sewaktu mereka melakukan babak tersebut.
Mengikut kronologi, James perlu melakonkan babak seorang yang tercedera dan berlumuran darah terbaring di atas jalan. Goth hanya perlu melangkah ke atas tubuhnya dan menoleh sebelum berlalu pergi.
Namun aktres tersebut didakwa tetap menendang kepalanya malah sempat mencabar pelakon itu mengambil tindakan di atas insiden yang terjadi.
Lebih parah, nama Hunter digugurkan daripada terus menyertai produksi tersebut sehari selepas kejadian.
Selain Goth, pelakon itu turut menuntut saman yang difailkan di Los Angeles terhadap pengarah filem, Ti West, dan perusahaan produksinya A24.
BERITA TRENDING: Aksi Syamsul Yusof Mengarah Mat Kilau Sehebat Pengarah Filem Transformers
Insiden tersebut terjadi sewaktu Goth yang merupakan watak utama melakonkan salah satu babak dalam filem MaXXXine pada April tahun lalu.Isteri aktor Shia Labeouf itu didakwa sengaja menendang kepala James Hunter sehingga menimbulkan kecederaan seperti mengalami sakit kepala, sakit leher, vertigo selain trauma.