HIBURAN
Aktres Rugi RM56 Juta Gara-Gara Pelaburan Kripto
Aktres Hwang Jung-eum membuat permohonan maaf selepas membuat pengakuan bersalah di mahkamah kerana penyelewengan wang untuk melabur dalam unit mata wang kripto.
Jung dipercayai kerugian sehingga RM56 juta kerana pelaburan yang dibuat daripada wang milik syarikatnya sendiri, Y.One Entertainment.
“Saya minta maaf kerana telah menimbulkan keresahan dan terlibat dengan perkara yang memalukan.
“Namun saya memiliki sepenuhnya Y.One Entertainment. Tiada artis lain terlibat. Semua kerugian atau keuntungan yang diperoleh adalah hasil aktiviti saya seorang,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, lapor Korea JoogAng Daily.
Menurut Jung-eum, dia telah menerima nasihat daripada seorang yang rapat dengannya untuk melakukan pelaburan kripto pad tahun 2021 menggunakan duit syarikat.
“Saya buat pelaburan dengan harapan boleh mengembangkan bisnes namun itu merupakan keputusan paling tidak matang yang pernah dilakukan,” katanya lagi.
Bintang Secret Love itu bagaimanapun mengatakan lega kerana kesan kegagalan pelaburan itu tidak ditanggung pihak lain termasuk hutang kepada bank.
Meski demikian, skandal tersebut telah membuat Jung-eum kehilangan kepercayaan dalam kalangan klien.
Must-Watch Video