Seorang aktres dan model terkenal Malayalam atau Tamil, Sahana, mengejutkan industri hiburan India apabila ditemui mati beberapa hari lalu.
Sahana dilaporkan ditemui meninggal dunia secara misteri pada malam ulang tahun ke 22nya di kediaman yang terletak di Kozhikode. Dia ditemui mati tergantung di tingkap tandas.
Kematian Sahana yang meraikan ulang tahunnya pada malam itu kemudian dikaitkan sebagai sebuah pembunuhan.
Pihak keluarga Sahana mendakwa pelakon yang baru berkahwin selama satu tahun setengah itu mati di tangan suaminya sendiri yang dikenali sebagai Sajjad.
“Anak saya tidak mungkin bunuh diri, tapi dia dibunuh.
“Dia selalu mengadu dipukul suami dan tidak memberi nafkah yang baik buatnya. Kehidupannya penuh tekanan. Pihak berkuasa mesti menjalankan siasatan dengan baik untuk keadilan anak saya,” ujar ibu Sahana seperti dilaporkan IndianExpress.com.
Menerusi laporan pihak berkuasa, Sahana yang baru terbabit dalam sebuah filem telah menjadi model untuk banyak kempen iklan termasuk barang kemas.
“Sajjad sebelum ini bekerja di Qatar namun menganggur di sini. Sahana baru baru ini terbabit dalam sebuah filem.
“Keduanya dilaporkan bertengkar mengenai duit bayaran yang diperoleh Sahana setelah membintangi filem tersebut. Sajjad pulang lewat sewaktu hari ulang tahun Sahana, mereka bertengkar sebelum dia menemukan isterinya tidak sedarkan diri di tandas,” kata kenyataan pihak penyiasat.
Menurut laporan, suaminya, Sajjad mendakwa telah menemui Sahana tidak bernyawa di dalam tandas rumah. Hal itu disahkan oleh tuan rumah mereka yang mendengar jeritan Sajjad selepas menemui isterinya.
“Sajjad menjerit meminta tolong dan apabila ditanya mengapa, dia hanya memberitahu menemui Sahana dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kami terus meminta bantuan,” kata tuan rumah pasangan itu.
Hanafis Haris
Sun May 15 2022


“Saya & Kawan-Kawan Ada Perancangan Nak…” - Anuar Zain Kongsi ‘Plan’ Aktiviti Di Bulan Ramadan
Seronok dapat tarawih dengan kawan-kawan.

Pelakon Siri Ultraman, Jiro Dan Meninggal Dunia Akibat Kanser
Takziah buat keluarga...
![[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…” [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-188.png?ext=.png)
[VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Konten Masak Izara Aishah - “Aku Tetap Tengok Walau Macam Tengah Berendam Dalam…”
Izara tengah masak pun cantik kan.

“Kalau Kata Saya Curang, Lepaskan” - Puteri Sarah Tidak Goyah Dengan Dakwaan Syamsul
Puteri Sarah mahu bukti

Gabungan Padu! ZAWFAN Tampil Lagu Bismillahir Rahmanir Rahim Bersama Nazrey Johani
Wah menarik!

Bella Hadid Mahu Ramadan Disambut Dalam Suasana Aman
Insyallah

“Dulu Kami Selalu Dating Dekat Sebuah Kedai…” – Comel Sangat! Rupanya Kopi Satukan Cinta Awal Ashaari Dan Scha
Wah siap ada kedai dah.

Karok Kaw | Memang hancur sesi karok dengan Ubai, Zizan Razak, Meerqeen & ramai lagi!
Kita cabar selebriti malaysia Sambung Lirik yang Ubai nyanyi. Boleh sambung ke idok? Yang penting confident je nyanyi…layannn!!! Tapi Ubai nyanyi ke berpiadato ni? Kalau korang nak tengok selebriti tempatan KAROK dengan penuh emosi kena layan KAROK KAW lah!!! #GMWA2022 #GempakMostWantedAwards #KarokKaw

Ayda Jebat Cemas Anak Demam Panas, Bergegas Bawa Ke Unit Kecemasan - “Suhu Badan Dah Cecah 40…”
Semoga Nayla cepat sembuh.

“Saya Masih Suami Dia, End Of The Day Saya Akan Tidur Dengannya Di Atas Katil” - Syamsul Yusof
Syamsul masih suami Sarah