Laman Utama

"Aku Akan Sound Munkar & Nakir Untuk Sebat Mak Bapak Kau Dulu" - Jawapan Spontan Diva AA Buat Ramai Melenting

gempak
Amri Hassan
16/08/2021
10:45 MYT
Sponsor Banner
"Aku Akan Sound Munkar & Nakir Untuk Sebat Mak Bapak Kau Dulu" - Jawapan Spontan Diva AA Buat Ramai Melenting
Pengacara sensasi Azwan Ali mencetuskan kontroversi sekali lagi apabila videonya memberikan jawapan biadab berkenaan soalan agama viral baru-baru ini.
Video yang dikemaskini di hantaran Instagram Ahmad Fedtri Yahya itu menyaksikan Azwan atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA menjawab soalan yang dihantar pendengar dalam sebuah podcast terbitan penyampai radio Singapura sebelum ini.
Soalan berkenaan berbunyi; "Apa persiapan Diva AA bila bertemu malaikat Munkar dan Nakir?"
Manakala, Diva AA selamba menjawab; "Aku akan 'sound' Munkar dan Nakir, suruh sebat mak bapak kau dulu."
Situasi spontan itu mengundang hilai tawa dua lagi penyampai radio yang berada dalam podcast tersebut.
Insiden berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi ramai termasuk beberapa penceramah agama seperti PU Syed dan Ustaz Abdullah Khairi.
“Kita boleh buat lawak untuk sesuatu keadaan yang menghiburkan. Tapi jangan buat lawak dalam semua keadaan yang mengaitkan tentang perkara ghaibiyyat. Nampak kejahilan dalam agama untuk tontonan umum. Astaghfirullah! Gerun mendengarnya,” tulis Abdullah.
Tegur PU Syed, kenyataan Diva AA dianggap melampau dan memalukan agama Islam.
"Buat Azwan Ali, saudara sudah melampau dan terlalu melampau. Tidak kira itu adalah jawapan dalam bentuk gurauan ataupun tidak, yang pasti itu benar-benar sesat serta memalukan agama.
"Soal Munkar dan Nakir pun saudara boleh buat main, cukuplah warganet hadap caci maki saudara setiap kali berdepan dengan kamera.
"Mestikah dikaitkan dengan ibu bapa orang? Salahkah soalan itu bila diajukan kepada saudara?" ujarnya.
Mengulas lanjut, PU syed juga menyatakan tindakan semua pihak yang terlibat dalam video berkenaan tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan dan jenaka.
"Persoalan malaikat ini bukan persoalan yang kecil, bahkan malaikat juga bukan makhluk yang kita boleh bawa sebagai bahan gurauan dan sendaan.
"Buat DJ yang sakan gelak itu, sedarlah perkara sebegini bukan boleh dibuat bahan untuk melawak!
"Mu boleh buat gurau deh… hebat mu! Bertaubatlah segera saudara," tegasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live