Sebuah video yang dihasilkan oleh warga negara Amerika menjadi viral apabila video tersebut menceritakan tentang kejayaan Malaysia mengawal wabak Covi- 19 di negara ini.

Video yang dihasilkan dan dikongsi di YouTube tersebut mendapat hampir 120,000 tontonan melebihi berberapa kali ganda video-video yang pernah dihasilkannya sebelum ini.



Juga terdapat lebih seribu komen yang ditinggalkan pada video tersebut berkongsi bagaimana kerajaan Malaysia bersama rakyatnya bersatu padu untuk mengurangkan wabak tersebut.

"Ketika frontliners kekurangan peralatan seperti PPE, ramai rakyat Malaysia yang turut membantu termasuklah, rumah anak yatim (RPWP), pereka fesyen, penjara-penjara dan orang biasa yang turut menjahit PPE untuk mereka," tulis Mohd Roslan.

Menurut penerangan di YouTube 'Other Side of the Truth', ianya adalah tentang membongkar salah faham yang selalu di stereotaip oleh orang yang tidak mengetahuinya.

Tiga perkara yang dicatitkan adalah video ringkas dari setiap negara yang dilawati, video panjang tentang destinasi yang unik dan terpiencil yang dilawati, serta yang ketiganya adalah membongkar stereotaip dan menceritakan perkara yang sebenar.



Melihat kepada website pemilik 'Other Side of the Truth, dia merupakan seorang Doktor Gigi yang bernama Dustin dari Amerika Syarikat dan dikatakan sebagai pengembara negara paling banyak di bawah umur 40 tahun.

Video tentang bagaimana Malaysia menangani wabak Covid- 19 kemudiannya dikongsikan di Twitter oleh Dr Nimelesh dan mendapat reaksi yang sungguh positif daripada rakyat Malaysia.

"Kami bangga menjadi rakyat Malaysia! Terima kasih kepada kerajaan dan semua yang berada dibarisan hadapan," tulis Siti Azura Abdul Aziz.

Anda boleh tonton video Malaysia's Coronovirus Incredible Success Story di sini:


Sama-sama kita terus menjaga kendiri mengikuti SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pakai penutup hidung dan mulut jika mahu keluar rumah, jaga penjarakan sosial, sentiasa membasuh tangan dengan sabun atau menggunakan hand sanitizer dan yang paling utama, hanya keluar rumah jika perlu sahaja.