Malam tadi di IG Stories Instagram milik Nabila Huda, dia memuat naik beberapa video yang menunjukkan dia berada di dalam ketakutan kerana mendakwa ada orang menceroboh masuk ke rumahnya.

Baca: Rumah Diceroboh Pencuri, Nabila Huda Nangis Teresak-Esak - "Saya Takut Gila ..."

Ramai yang tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya, dan hingga kini ramai yang tertanya-tanya tentang apa yang berlaku malam tadi termasuklah teman-teman selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz.

Dalam satu entri di Instagramnya, Datuk Fizz Fairuz meluahkan rasa bimbang akibat video tersebut.

"Yes aku tau ko seorang pelakon yang sangat hebat,tapi benda-benda yang boleh menjatuhkan jantung kawan-kawan ni memang lagi hebat. Benda tu lakonan atau kenyataan kami tak tahu, yang kami tahu kau kawan baik aku tau!

"Paham takkkkk. @kupu_kupu .. Please jangan buat benda gimik macam ni, aku serba salah kalau aku tak bantu kau.. aku berlari balik rumah bila @almynadiaofficial bagitau ada orang masuk rumah kau. Faham tak perasaan aku sekarang cik abill. tq so much," tulis Fizz yang ketika itu serba salah, terkejut dan bimbang.

Yes aku tau ko seorg pelakon yg sgt hebat,tapi benda2 yg blh menjatuhkan jantung kawan2 ni mmg lagi hebat.. benda tu lakonan atau kenyataan kami tak tahu,yg kami tahu kau kawan baik aku tau!!!! Paham takkkkk... @kupu_kupu .. please jgn buat benda gimik mcm ni,aku serba salah klu aku tak bantu kau.. aku berlari blk umah,bila @almynadiaofficial bgtau ada org masuk umah kau.. paham tak perasaan aku skrg cik abill..... tq so much...

A post shared by Dfizzfairuz ?? (@fizzfairuzofficial) on


Namun begitu ada juga segelintir peminat yang dapat menghidu bahawa perkara tersebut hanyalah lakonan semata-mata memandangkan Nabila hanya berkongsi perkara tersebut di IG Stories dan bukannya menghubungi suami atau polis.



Nabila Huda merupakan seorang pelakon yang sudah beberapa kali memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dan pelbagai anugerah lainnya.

Malah, pada tahun lalu Nabila pernah berlakon bersama Fizz Fairuz dalam satu drama rantaian dan melalui drama tersebut Fizz Fairuz telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin ke-24.