Aktres berbakat, Datin Seri Umie Aida menceritakan pengalamannya menjadi bidan terjun menggantikan pelakon Azar Azmi untuk pementasan teater Pawana Isabella.

Pengarah teater terbabit, Erma Fatima yang merupakan kakak kepada Umie menghubungi pelakon itu 20 minit sebelum pementasan bermula untuk menggantikan Azar yang mengalami masalah kesihatan.

Umie berkongsi pengalaman terbabit menerusi entri di Instagram TV (IGTV) miliknya.

"20 minit sebelum start show dapat call dari Erma.. Minta tolong me gantikan watak Azar Azmi kerana masalah kesihatan. What... Dalam hati me gila ke.. Me tak tahu dialog.. Blocking... Dah lah dalam bahasa bangsawan.

"Alasan Erma simple je... Hanya hang je yang muat baju-baju Azar. Hah? Pasal muat baju je Erma paksaku jadi bidan terjun. Me sahut cabaran ini.. Walaupun memang kerja gila! Mana tak gila.. First time me tengok script dan tak dapat pun nak baca script sebelum start show pasal mengejar masa," tulisnya.

20mins sebelum start show dapat col dari erma.. minta tolong me gantikan watak azar azmi kerana masalah kesihatan. Whatttttt.... ? dalam hati me gila ke.. me tak tahu dailog.. blocking..dah la dalam bahasa bangsawan. alasan erma simple je.. hanya hang je yg muat baju2 azar. Hah ?? Pasal muat baju je tima paksa ku jadi bidan terjun. Me sahut cabaran ini.. walaupun memang kerja gila !! Mana tak gila.. first time me tgk script dan tak dpt pun nak baca script sebelum start show pasal mengejar masa. Tapi me bersyukur kerana semua pelakon pewana isabella banyak membantu me semlm. Terima kasih ? Walaupun tidak dlm kesempuranan me membawa watak puteri barok tapi ianya menjadi pengalaman manis buat me , menjadi bidan terjun utk sebuah naskah yang penuh makna dan berganding dengan pelakon2 hebat. Akhirkata.. me nak off handphone.. ???

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on


Tambah pelakon filem Dukun ini lagi, dia bersyukur kerana pelakon Pawana Isabella banyak membantunya.

"Tapi me bersyukur kerana semua pelakon Pawana Isabella banyak membantu me semalam. Terima kasih. Walaupun tidak dalam kesempuranan me membawa watak Puteri Barok tapi ianya menjadi pengalaman manis buat me, menjadi bidan terjun untuk sebuah naskah yang penuh makna dan berganding dengan pelakon-pelakon hebat. Akhir kata.. me nak off handphone," tulis Umie lagi.

Teater Pawana Isabella mula dipentaskan mulai 21 hingga 31 Ogos di Istana Budaya.

Teater arahan Erma ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Janna Nick, Datuk Afdlin Shauki, Johan, Ozlynn dan ramai lagi.