"Aku Buat Sampai Malam Tau"- Zara Zya Berang Cookies Air Tangannya Dibaling Untuk Iklan Komersial, Netizen Dakwa Sekadar Marketing?
Zulaikha Yusof
22/03/2021 06:30 MYT
22/03/2021 06:30 MYT
Pelakon Zara Zya, 36, berang dengan lelaki yang dikenali sebagai Redza Farhan selepas dia bertindak membaling cookies yang sudah dipecahkan kepada saiz kecil.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyifatkan tindakan individu itu sebagai keterlaluan kerana jelas berlaku pembaziran terhadap cookies hasil air tangannya.
"Argh apa ini? Apa masalah dia? Ya Allah..
"Yang awak baling ni makanan. Bukannya saya dapat percuma, saya buat sendiri. Penat tau tak? Tak payah membazir macam ini.
"Ingat senang ka? Aku buat cookies tu sampai malam tau. Aku dah cakap jangan baling kan," katanya dengan nada bengang.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Zara memuat naik sebuah rakaman video di belakang tabir yang menunjukkan mereka sedang melakukan photoshoot untuk projek cookies.
Zara yang kelihatan terkejut terkena pecahan cookies itu bangun dan berlalu pergi dengan keadaan marah.
Sementara itu, Redza membalas balik dengan menyatakan dia hanya ingin melakukan seperti iklan komersial.
"Nak bagi nampak macam iklan komersial. Saya nak bagi nampak real sahaja.
"Alaa sikit ja pun, itu pun nak bising ka?" katanya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon drama Monalisa turut sama tidak berpuas hati kerana cookies untuk dimakan.
"@rossidawatighazali: Patut pun Zara marah tu makanan bukanya benda. Kita patut bersyukur. Ni pergi baling makan. Cuba tengok Syria.
"@dayangnurputri: Serius tak faham betul. Kenapa kena shoot ambil biskut lepastu campak? Tak menampakkan wow, ni nak viral ka?
"@akmanazri_: Aku faham apa yang dia cuba buat. Konsep tu menarik, sambil dihujani cookies tu. Tapi tak sesuai sebab yang nak dibaling itu makanan. Boleh ganti benda lain, bunga dan macam-macam lagi.
"@ain_nurkasih: Baling makanan memang patutlah orang tu mengamuk. Nak gimik ke nak nampak wow banyak lagi la benda lain. Makanan untuk dimakan bukan buat macam tu.
Walaubagaimanapun, ada segelintir netizen yang beranggapan ini adalah satu teknik pemasaran yang dirancang oleh Zara.
"@shahrilrazif92: Zaman sekarang marketing merepek perlu ada untuk lariskan sesebuah produk walaupun hambar.
"@esfanaira: Ni betul-betul ka atau marketing?
"@ajnfoods: MashaAllah jika nak buat marketing produk sekali pun, perlu ada perbincangan dua pihak antara pemilik produk dan kru marketing tersebut. Jika semua dah sedia maklum dan bersetuju, baru lah buat seperti yang dirancang. Maaf ini pandangan dari saya.
Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi seminit itu sudah mendapat lebih daripada 100,000 tontonan dan 162 komen.