Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Aku Bukan Biawak Hidup" - Tunang Zarina Anjoulie Dedah Keluar Duit RM100,000 Bina Pagar Rumah

Shahrin Zulkifle
14/02/2023 00:00 MYT

Konflik yang terjadi antara pelakon Zarina Anjoulie dan bekas tunang Datuk Seri Khazrul Elzey nampaknya masih berlarutan.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian video di laman TikTok, Khazrul merasa bengang apabila dituduh oleh Zarina yang mengatakan dirinya telah mengungkit duit yang dikeluarkan ketika mereka pernah menonton wayang.

Kala Khazrul, dirinya bukan seorang ‘biawak hidup’ yang perlu ditanggung Zarina, sebaliknya dia yang menanggung perbelanjaan aktres tersebut.

“Timbul satu isu apabila dia kata saya ungkit pasal duit wayang. Aku bukan biawak hidup yang kau tanggung. Beberapa bulan aku tanggung kau. Aku tak perlukan publisiti murahan.

“Aku belum kahwin lagi dengan kau, baru bertunang. Kau memburukkan aku semua, kau nak hantar duit kau dekat aku. Eh tak payah lah. Aku tak nak duit kau, duit aku bersepah. Tak kahwin lagi dah buka aib,” katanya.

undefined

Malah, Khazrul turut mededahkan dirinya telah mengeluarkan sejumlah wang yang besar hingga ratusan ribu ringgit untuk membina pagar rumah Zarina.

“Aku ada hutang dengan kau ke? Aku bantu kau lagi bina pagar rumah RM100,000. Aku tanya kau, ada ke aku minta duit kau satu sen?

“Aku yang banyak bantu kau, pagar rumah kau, RM100,000 aku bayar. Tiada niat nak sebut jumlah tapi aku tercakap juga.

“Aku nasihatkan kau jaga mulut tu baik-baik. Jangan buka aib. Kalau kau buka aib aku, aku boleh buka aib kau. Don’t touch my ball,” tambahnya.

Terdahulu kecoh di laman sosial apabila Zarina dan Khazrul didakwa sudah pun putus tunang selepas aktres itu dilihat memuat naik status di Instagram miliknya dengan menyatakan dia sedang ‘broken’ tetapi masih bertahan.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Zarina Anjoulie #Putus Tunang #Tunang Anju
;