"Aku Bunuh Kau" - Jawapan Shuib Tentang Poligami Buat Sarah 'Naik Hantu'

Hanafis Haris
Julai 26, 2019 11:18 MYT
Pasangan selebriti, Siti Sarah Dan Shuib Sepahtu sekali lagi mencuri tumpuan warganet apabila memuat naik video melucukan.
Berbezanya kali ini, video yang dimuat naik menerusi Instagramnya memaparkan isu poligami atau madu.
"Berani ke you nak kahwin banyak? Cakap betul-betul ke?" soal Sarah.
Pelik dengan soalan 'berani mati' Sarah, Shuib kemudian memberi reaksi berbelah bahagi.
"Apa soalan you ni, kenapa ada offer ke? Tapi muka tak nampak macam you offer pun," kata Shuib.
Kagum dengan pertanyaan Shuib, Sarah kemudian memberi jawapan padu.
"Ada offer tapi kemudian aku bunuh. Kau akan ku bunuh," katanya dengan nada bergurau.
Menerusi ruang komen, rata-rata warganet terhibur dengan gurauan 'manja' pasangan tersebut.
Ini antara reaksi mereka yang menarik:
#Viral #Viral #Video #Sarah