Hiburan
“Aku Cuba Jadi Isteri Yang Baik, Tapi Korang Sogokkan Cerita Bukan-Bukan Fasal Suami Aku” – Isteri Pertama Rahim Luah Perasaan
Isteri pertama kepada pelawak Rahim Sepahtu, Kolin Abdullah meluahkan rasa terkilan di ruangan IG Story, laman sosial Instagramnya.
Menerusi posting tersebut Kolin berkata tujuan dia memuat naik luahan tersebut kerana tidak menyangka ada pihak yang sanggup menyebarkan cerita palsu mengenai suaminya.
“Aku bukan jenis yang suka perli-perli di media sosial. Kalau ada yang tak suka keluarga aku, datang berdepan bukan berselindung di sebalik akaun palsu dan menjadi manusia paling biadab di muka bumi ini.
“Aku terfikir apa perasan kau orang buat macam ni? Bercakap sesuka hati tentang keluarga aku macam kami ni bukan manusia.
“Kononnya sokong aku, ambil berat tapi buat macam ni. Berhentilah…Kalau sayang kepada orang lain sepatutnya kita menjaga hati dan perasaan sesama kita.
“Jangan cakap benda buruk tentang insan yang paling aku sayang di dunia ini, iaitu suami aku…,” luahnya kesal.
Terdahulu, seorang wanita telah mengirimkan paparan skrin dari sebuah laman web gossip mengenai Rahim.
Kolin kemudiannya menegur tindakan wanita tersebut yang dianggap melampau dan memberi amaran supaya tidak mencampuri urusan rumah tangganya.
Kolin berkata dia tidak perlu tahu tentang 'berita sampah' daripada orang lain yang cuba mengapi-apikan rumah tangganya.
"Suami aku, suami aku...Kau jaga suami kau...Aku tak perlukan semua ini untuk rasa tenang dan gembira.
"Kau orang memang nak aku benci laki aku ke? Sorry, cara ini salah kalau kau rasa kau boleh buat aku rasa selesa dan tenang lepas hina suami aku," tulisnya.
Perkongsian hidup bersama Kolin, Rahim dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua perempuan berusia di antara 16 hingga 24 tahun.