"Aku Dah Lupa Macam Mana Pakaian Cantik Atau Makeup" - Shakilla Khoriri

Asraf Aided
April 19, 2019 12:04 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi pengalaman sejak bergelar ibu.
Menurut Shakilla, dia terlampau sibuk menguruskan anaknya hingga tidak punyai masa yang cukup untuk menguruskan penampilannya sendiri.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Semalam bila Fizi (suaminya) cakap aku duduk rumah dah macam bibik, terasa pulak hati jantung aku.
"Tapi bila tengok keadaan aku dalam cermin dengan serba serbi tak sempat, hilang rasa nak sentap tu, true, macam bibik malah lebih teruk dari bibik.
"Aku dah lupa macam mana pakaian cantik atau makeup, sungguh," tulisnya sebagai kapsyen.
Mejengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kesungguhan Shakilla menjaga anaknya dan turut berkongsi pengalaman mereka bergelar ibu.
Shakilla dan suami, penyampai radio Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018.
Shakilla selamat melahirkan anak pertama mereka, Ameena Sofia itu pada 14 Mac lalu.
#Shakilla Khoriri