HIBURAN
"Aku Doa Kau Dapat Hidayah, Bukan Untuk Kau Terus Jadi Hidayah" - Damian Mikhail Tegur Saiful Malaysian Idol
Penyanyi dan komposer Damian Mikhail tampil memberi teguran terbuka kepada bekas peserta Malaysian Idol, Saiful, yang kini tular kerana memilih untuk hidup sebagai 'wanita'.
Dalam satu hantaran di media sosial, Damian menegaskan bahawa doa orang ramai agar seseorang itu mendapat hidayah tidak seharusnya disalah tafsir sebagai sokongan untuk terus menukar identiti asal.
“Orang doakan kau untuk dapat hidayah, bukan untuk kau terus jadi hidayah,” tulis Damian.
Damian turut mengkritik kecenderungan segelintir individu yang seolah-olah meraikan perubahan identiti secara terbuka tanpa rasa bersalah atau cuba memperbaiki diri.
“Nak pakai baju perempuan ke, zirafah ke, Spiderman ke, itu antara kau dan Allah. Tapi hipokrit sebenar ialah bila tak boleh terima diri dilahirkan sebagai lelaki, tapi cuba jadi perempuan," tambahnya.
Damian juga menzahirkan harapannya agar Saiful kembali ke pangkal jalan dan tidak terus hanyut dalam gaya hidup yang bertentangan dengan fitrah.
Teguran itu hadir selepas tular video Saiful menyanyi di sebuah acara dengan berpakaian seperti wanita, disusuli kenyataannya kepada media untuk tidak menjadi hipokrit.