Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Aku Doakan Korang Bebas Dari Tembakau" - Mawi Sudah 11 Tahun Berhenti Merokok!

Asraf Aided
31/05/2021 11:16 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi berkongsi cerita dirinya sendiri yang berhenti merokok.

Perkongsian menerusi Instagram itu dibuat sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia hari ini.

Menurut Mawi, dia mula merokok pada usia 18 tahun dan sejak itu, dia menjadi seorang perokok tegar.

Bagaimanapun, Mawi berjaya berhenti daripada perbuatan yang memudaratkan kesihatan itu pada usia 29 tahun.

"Dulu aku kuat merokok, aku mula merokok waktu umur aku 18 tahun dan aku dapat berhenti merokok pada umur 29 tahun.

"Hari ini 31 Mei merupakan Hari Dunia Tanpa Tembakau, aku doakan korang bebas dari tembakau," tulisnya.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Mawi meninggalkan respon positif.

Ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing yang turut berjaya berhenti merokok.

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi)


Apapun, kepada perokok di luar sana, ingatlah, merokok membahayakan kesihatan, berhenti awal sebelum terlambat.

#Mawi #Zayan #Rokok #Hari Tanpa Tembakau
;