Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Aku Gemuk Pun Suami Aku Sayang.” – Beby Tora Bidas Kecaman Netizen

Azwa Rahman
09/04/2019 05:09 MYT
Instafamous yang terkenal dengan video makan, Beby Tora terpaksa mempertahankan dirinya daripada terus dikecam kerana penampilan fizikalnya.

Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie menulis luahan dan rasa kesal di ruangan kapsyen, membidas kecaman netizen terhadapnya.

“Gemuk aku pun suami aku tetap syg. gemuk aku pun family aku smua syng aku .gemuk aku pun tak prnah minta duit kat orang lain .gemuk aku pun,tak prnah nak minta simpati oqang lain. Gemuk aku pun tak prnah susahkan ssapa .gemuk aku skalipun cari duit sndiri and beli apa aku nak .gemuk aku skalipun aku tak harap duit suami and duit kluarga aku .gemuk aku skalipun,aku ada simpanan untuk masa depan aku .gemuk aku skalipun aku kerja cri rezeki halal . Gemuk aku pun aku mkan tak minta duit orng .gemuk aku pun beli apa aku nak tak minta duit orng lain.wlaupun aku tak suka brseronok mcm orng lain ,pakai lawa2 ,beli beg mahal2 mcm orng lain tapi aku bahagia sbb orng keliling aku smua hargai aku .dan biar badan gemuk janji mulut tak condemn orng sana sini.”

Selain fizikal, Beby Tora sebelum ini turut pernah dikecam kerana aksi makannya yang gelojoh dan tidak sopan.



Tanpa mempedulikan kata-kata netizen, nampaknya Beby Tora semakin laris menerima permintaan Instagram review dan kadang-kala turut diselit suaminya di dalam video.

Beby Tora dan suaminya, Apit Johari selamat mendirikan rumah tangga pada 1 Mac yang lalu. Sehingga kini, akaun Instagram Beby Tora mengumpul hampir 500 ribu pengikut.


Sumber foto: Instagram Beby Tora
 
#Instagram #Body Shaming #Beby Tora