“Aku Hanya Insan Biasa Tapi Kau Tak Pernah Mempertikaikan Kelemahan Aku” – Alyah

Badrul Hashim
Januari 22, 2019 06:18 MYT
Beremosi juga tulisan Alyah untuk para peminat yang sentiasa menyokongnya. Dalam satu entri di Instagram, Alyah meluahkan perasaan beliau.
“Walaupun hari ni kau sangat minat dengan aku dan mungkin esok kau berubah hati ke insan lain, sesungguhnya aku tak pernah marah atau berkecil hati. Kehadiran kau mungkin walau seketika tapi amat bermakna buat aku.
“Betapa aku amat menghargai kau. Air mata inilah sebagai bukti. Setiap kali kau datang membelikan hadiah sedangkan berkali-kali aku marah kerana aku tak mahu susahkan kau, tapi kau tetap juga berdegil dan berusaha demi mencari perhatian aku.
Tulis Alyah kepada peminat-peminatnya, walaupun dia hanya insan biasa tetapi mereka tidak pernah mempertikaikan kelemahan yang dia ada.
“Hampir 19 tahun aku berjalan dalam bidang seni dan aku fikir aku hanya berjalan sendiri. Tapi tak duga Allah swt kirimkan aku ‘malaikat-malaikat’ ikhlas yang mencintai aku, menyayangi aku, menerima buruk baikku.
Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Sesal Separuh Nyawa’ ini turut meminta peminat-peminatnya tahu bahawa dia sayangkan mereka.
“Tak selamanya aku akan berada di pentas. Hanya satu yang aku pinta untuk kau ingat. Aku sayangkan kau sedalamnya. Kerana kau aku masih bernafas di dalam industri ini.
#Alyah