Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Aku Ingat Dah Kena Strok, Inilah Penamat Hidup" - Terlebih Kentut, Influencer Jual Kentut Alami Gejala Sakit Jantung

Amri Hassan
06/01/2022 13:52 MYT
Bintang realiti televisyen yang tular kisah menjual kentut dalam balang, Stephanie Matto pernah mencuri perhatian ramai apabila berjaya memperoleh AS$50,000 (RM210,070) seminggu dengan bisnes anehnya.

Matto, 31, yang berasal dari Conneticut, Amerika Syarikat itu mendapat perhatian global namun, gadis itu memutuskan untuk bersara selepas 90 hari melakukan perniagaan itu.

Menurut laporan media antarabangsa, Matto mengumumkan terpaksa bersara daripada bisnes kentut selepas dikejarkan ke hospital baru-baru ini akibat mengalami gejala serangan jantung.

Selepas menjalani pemeriksaan termasuk ujian darah dan electrocardiogram (EKG), Matto disahkan punca kesihatannya merosot disebabkan amalan diet kacang dan telur yang dilakukannya.

"Aku fikir aku mengalami strok dan inilah saat-saat akhir hidup aku. Aku dah terlebih melakukannya (kentut)," katanya kepada Jam Press.

Matto yang menggelarkan dirinya fartrepreneuer itu telah mengeluarkan 50 balang kentutnya dalam tempoh seminggu untuk memenuhi permintaan ramai.

Untuk memberikan sensasi bau yang lebih busuk, dia turut melakukan amalan diet dengan meminum protein shake setiap hari.

"Aku masih ingat, dalam sehari aku pernah minum sampai tiga protein shakes dan semangkuk besar sup kacang hitam.

"Tiba-tiba pada waktu petangnya, aku dapat rasakan sesuatu pelik ketika sedang berbaring dan perut rasa ditekan-tekan. Ia keadaan yang susah nak bernafas dan setiap kali cuba (bernafas), aku rasa sakit pada bahagian dada.

"Aku panik dan menghubungi kawan-kawan untuk membawa aku ke hospital kerana risau mengalami serangan jantung.

"Tapi aku disahkan mengalami kesakitan akibat tekanan gas melampau dan bukannya strok atau sakit jantung," tambahnya yang dinasihatkan untuk menukar diet dan berhenti menjalankan bisnesnya itu.

Hasil daripada kejayaan bisnes kentutnya itu, Matto berniat untuk mendermakan sebahagian hasil pendapatannya kepada badan kebajikan yang membantu pesakit gastrik.

Sumber: NY Post
#Viral #Amerika Syarikat #Influencer #Serangan Jantung #Strok #Jual #Kentut #Pempengaruh #Stephanie Matto
;