“Aku Ingat Tangan Radin Merayap Ke Lizzy...”- Ada Apa Dengan Gambar Radin & Elizabeth Tan?

Syafiqah Jalal
Disember 18, 2019 06:28 MYT
Foto penyampai radio Era, Radin dan penyanyi Elizabeth Tan atau Lizzy mendapat perhatian netizen.
Foto yang dimuat naik Radin ke Instagram miliknya itu sekali imbas kelihatan seperti Lizzy memeluk tangan Radin ke badannya.
Namun hakikatnya tangan Radin berada di belakang badannya dan tangan yang disangka tangan Radin itu adalah tangan Lizzy sendiri.
Maka ramai pengikutnya yang akui terkeliru pada awalnya sehingga mereka beberapa kali memerhatikan gambar tersebut.
“Aku ingat tangan Radin yang merayap.
“Terperanjat, ingat Lizzy peluk tangan Radin.
“Oh ok ingat tangan ke mana tadi.
“Aku ingat, aku soranv je terpedaya,” komen antara peminatnya.
Foto tersebut difahamkan diambil di studio radio Era.
#Elizabeth Tan #Radin Era #Lizzy