Hiburan

"Aku Jadi Cemburu Setiap Kali Lihat Wanita Hamil" - Erma Fatima

gempak
Asraf Aided
29/10/2019
11:41 MYT
Sponsor Banner
"Aku Jadi Cemburu Setiap Kali Lihat Wanita Hamil" - Erma Fatima
Pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima akui cemburu melihat wanita lain yang dikurniakan rezeki untuk hamil.
Menurut Erma, peluang untuk hamil anak sendiri adalah satu rezeki dan nikmat yang tidak akan diperolehi hingga akhir hayatnya.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
Di entri tersebut, Erma berkongsi video ketika bertemu usahawan Vie Shantie Khan di majlis 'baby shower' yang diadakan untuk bayi yang bakal dilahirkannya.
"Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu-satunya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku.
"Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati..mendapat suami yang mencintai kau..memiliki zuriat yang menjadi simbol pada kebahagiaan kalian," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat buat Erma.
Namun begitu, difahamkan Erma mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live