Pelakon Yana Samsudin memaklumkan bahawa adik lelakinya, Muhammad Fahmi Harith Samsudin meninggal dunia secara mengejut semalam ketika tidur.

Lebih memilukan, menurut Yana, adiknya itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga selepas sebulan bergelar seorang bapa.

"Rupanya hari ini, aku kehilangan adik aku. Ya Allah, macam mana nak ada kekuatan diri ni. Satu-satunya lelaki dalam adik-beradik, baru jadi ayah 37 hari.

"Dik, ada bagitau Nana yang nak balik Yong Peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa kau balik dik. Kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, mak abah dan semua ya.

"Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur," tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

Innalillahwainalillahirojiun... lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni... ? Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari..... . . Dik... ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik... kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat... Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya... . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik... . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik... . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak... amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari ... yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on


Biarpun Yana masih terkejut dengan pemergian adiknya itu, namun, katanya, dia reda dengan kehilangan insan yang amat disayanginya itu.

"Tak ada apa lagi akak boleh cakap, akak dah sakit kepala, sakit mata menangis dari siang tadi. Akak terlalu sayang kan kau, tapi Allah lebih sayangkan kau daripada segalanya.

"Kau pergi tanpa kata apa-apa kepada kami. Nana masih pantang kat Sarawak, kau pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik.

"Ya Allah sedih akak dik, tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik. Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak. Amin," coretnya.