"Aku Keliru. Adakah Sedekah Jariah Perlu DiKongsi Di Media Sosial?" - Syamsul Yusof

Badrul Hashim
Mac 31, 2020 00:00 MYT
Pengarah, pelakon dan produser, Syamsul Yusof berkongsi satu entri di Instagram miliknya tentang soalan-soalan yang sering ditanya oleh netizen kepada artis.
"Awak tak sedekah apa-apa ke? Awak tak amal baca Quran ke? Asyik layan lagu tak zikir ke?
"Zaman ini, aku keliru. Adakah sedekah jariah perlu dikongsi di media sosial. Adakah insan dianggap lalai dan tidak prihatin jika tidak dipertontonkan amal sedekah jariahnya?
"Tidak menghakimi sesiapa hanya khuatir rasa ikhlas pudar dari jiwa," tulis Syamsul.
Tambah Syamsul, ada segelintir netizen yang beranggapan bahawa jika artis tidak membuat sebarang entri bergambar tentang sedekah, baca Al-Quran, ke masjid mahupun beribadah di atas sejadah, maka mereka dianggap telah jauh dari agama.
"Akhirnya media sosial telah menjadi kayu ukur buku amalan seseorang di mata manusia. Tahniah iblis.
"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pengiktirafan Mu itu lebih maha penting daripada pengiktirafan manusia," tulis Syamsul lagi.
Ramai netizen yang meninggalkan komen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Syamsul. Ada yang berpendapat tidak semua golongan artis harus di pandang serong.
#Syamsul Yusof #Pengarah