“Aku Masih Hidup” - Terlantar Sakit & Muntah-Muntah? Ini Penjelasan Mimi Peri!

Hanafis Haris
Julai 15, 2021 15:20 MYT

Kecoh di media sosial apabila selebriti media sosial Indonesia yang cukup terkenal dalam kalangan netizen Malaysia, Mimi Peri dikatakan sedang terlantar sakit.

Menerusi beberapa laporan media negara itu, Mimi Peri atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani didakwa kini dalam keadaan lemah terbaring, tidak selera makan dan mengalami sakit-sakit badan.

Malah, biarpun sudah menjalani rawatan, penyakit itu masih berlarutan hampir seminggu.

Namun, menerusi posting terbaru Mimi di media sosialnya, dia menafikan perkara berkenaan.

Jelasnya, dia kini sihat menjalani aktiviti seperti biasa dan masih bernyawa.

“Aku belum mati, aku sihat saja. Aku masih hidup bonda,” katanya ringkas.

Menerusi ruang komen, rata-rata peminatnya meluahkan rasa syukur apabila ‘instafamous’ itu masih sihat seperti biasa.

“Sihat terus ya kesayangan.”

“Jahatnya ada yang kata mimi sakit terbaring.”

“Moga sihat selalu ya Mimi,” tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Mimi Peri mempunyai lebih 1.9 juta pengikut dikenali dengan karakternya yang mencuit hati yang sering menggelarkan dirinya sebagai orang kayangan.

#Viral #Sakit #Indonesia #MimiPeri