Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik indah ketika memberitahu suaminya, Fizi Ali mengenai berita kehamilannya.

Shakilla menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.

Menerusi rakaman video, Shakilla nekad untuk memberitahu suaminya berita gembira itu kerana dia akan ke Lombok selama seminggu.

Shakilla meletakkan alat ujian kehamilan itu dalam sebuah kotak dan memberitahu Fizi ia adalah pemberian hadiah daripada kawannya.

Selepas Fizi mengetahui berita kehamilan itu, pada mulanya dia tidak membenarkan Shakilla pergi ke sana.

?• . . Dari muka yang di STOP kan tu siapa boleh bagi gambaran apa perasaan pizi ketika ni? Aku pun tak tahu. Sebab sampai sekarang aku masih tak percaya aku PREGNANT ! . . Ini kisah 15hb july 2018. Baru habis shooting. Tapi waktu ni pizi lagi lambat balik dari aku sebab dia ada event dengan SuriaFM. Aku gigih tunggu. Sampai senguk2 kepala. . . Aku rasa aku perlu bagitahu pizi hal ni sebab esok pagi flight aku ke Lombok. Seminggu kat sana. Atas tujuan nak HIKING ke Gunung Rinjani. . Rasa bersalah tu makin kuat pada family, Pizi and of course budak kecil.? . . Tapi aku kuatkan hati dan tawakal. Kena Bagitahu pizi juga sebelum bertolak esok pagi sebab aku takut andai ada perkara yang tak diingini terjadi masa kat sana. . Allah killa...apa aku buat ni? ? . . Rancangan aku ke Lombok tetap aku nak teruskan. All packed! Aku harap lepas tahu berita gembira ni pizi akan izinkan. Aku tak nak apa pun, Cuma izin suami. . . . . Malam lepas happy2 tu satu perkataan dari Pizi macam pukul dan hentak2 kepala aku. . I tak IZINKAN you pergi.Pizi kata !! whaaaaatttttt????? ? . Dasssss...macam satu ketul batu besar dari gunung paling tinggi jatuh hempap kepala aku. Sedih. Menyesal bagitahu. Rasa nak memberontak. Benci. Rasa tak difahami. Rasa macam2. . . Menangis dan merajuk lah aku dalam tidur. . . 5am aku bangun (Rutin biasa lepas kawin dan selagi Pizi masih bersama team Suria PAGI) . Bikin Breakfast Pizi. Aku diam. Takde sepatah kata. Tak hantar sampai pintu pun. Sebab masih mogok mungkin. Sedih pun yeee. . . Waktu Pizi kata, Sayang, i izinkan you pergi Lombok. I tahu you pandai jaga diri dan tahu apa yang terbaik untuk anak. Dia tinggalkan duit belanja dalam sampul putih untuk belanja kat sana. . . Ya Allah... Jiwa raga pengkid aku masa tu terus rasa macam nak rebah sembah kebumi. Seronok ya amat. Rasa nak meraung. Rasa nak jerit. Rasa macam tak layak pulak aku dapat kata2 tu dari pizi. . . . Family aku mesti marah bila dia baca dan tahu kisah ni sebab diaorang semua baru tahu aku pregnant masa 3 hari aku dekat lombok. Aku tipu lagi kata pizi pun tahu hari yang sama. Tapi TAK. Of course pizi kena tahu Hal bodoh yang aku buat. . . Thank you ao much @fizialisuria ??

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

Pada keesokkan harinya, Fizi mengizinkan Shakilla pergi ke Lombok serta percaya dia mempu untuk menjaga diri dan anak mereka.

Shakilla juga mengakui sehingga hari ini, ahli keluarganya masih tidak mengetahui perkara sebenar malah mungkin dia bakal dimarahi apabila mereka membaca entri ini.

Rata-rata netizen turut berasa terharu selepas melihat video itu serta mendoakan semoga urusan Shakilla dipermudahkan.

Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari lalu dan kini Shakilla sedang hamil empat bulan.