Hiburan
"Aku Masih Tak Percaya Aku Pregnant" - Shakilla Khoriri Kongsi Video Saat Pertama Kali Suami Tahu Tentang Kehamilannya
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik indah ketika memberitahu suaminya, Fizi Ali mengenai berita kehamilannya.
Shakilla menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video beserta kapsyen untuk tatapan pengikutnya.
Menerusi rakaman video, Shakilla nekad untuk memberitahu suaminya berita gembira itu kerana dia akan ke Lombok selama seminggu.
Shakilla meletakkan alat ujian kehamilan itu dalam sebuah kotak dan memberitahu Fizi ia adalah pemberian hadiah daripada kawannya.
Selepas Fizi mengetahui berita kehamilan itu, pada mulanya dia tidak membenarkan Shakilla pergi ke sana.
Pada keesokkan harinya, Fizi mengizinkan Shakilla pergi ke Lombok serta percaya dia mempu untuk menjaga diri dan anak mereka.
Shakilla juga mengakui sehingga hari ini, ahli keluarganya masih tidak mengetahui perkara sebenar malah mungkin dia bakal dimarahi apabila mereka membaca entri ini.
Rata-rata netizen turut berasa terharu selepas melihat video itu serta mendoakan semoga urusan Shakilla dipermudahkan.
Shakilla dan Fizi berkahwin pada 18 Februari lalu dan kini Shakilla sedang hamil empat bulan.