Ramai penonton terkejut selepas mendapat tahu bahawa kediaman dan taman Jepun yang dipaparkan dalam filem The Garden of Evening Mists dibangunkan semata-mata bagi menjayakan penggambaran karya tersebut.

Rata-rata memuji usaha yang ditunjukkan oleh pihak produksi tersebut untuk meletakkan filem berkenaan mempunyai kelasnya yang tersendiri.

"Orang yang tak tahu mungkin ingat filem ini dilakukan di studio atau teknik janaan komputer (CGI), tetapi rupa-rupanya tidak!.

"Oh my god, hebat gila diorang punya usaha nak jayakan filem ni, patutlah filem berkualiti.

"Oh my..usahanya. Buat rumah itu semata-mata untuk penggambaran. Ada bagusnya, baru rasa taman Jepun sebenar.

"Aku mati-mati ingat dia sewa rumah di Cameron Highlands untuk filem ini. Rupa-rupanya buat sendiri! Ni kalau jual balik sah-sah mahal. Pemandangan cantik gila," katanya.



Sebelum ini, satu video belakang tabir mengenai proses pembinaan rumah dan taman Jepun yang digunakan dalam penggambaran filem itu dikongsikan kepada umum.

Lokasi penggambaran khas tersebut dibangunkan di sebuah tanah terbiar di Temoh, Perak.

BACA: Set Rumah dan Taman Jepun Dalam Filem The Garden of Evening Mists Memang Wujud! Dibina Khas Atas Tanah Terbiar?



Filem The Garden of Evening Mists merupakan sebuah karya arahan pengarah Taiwan, Tom Shu-Yu Lin yang memaparkan kisah wanita yang menjalani kehidupan sewaktu zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

BACA: 5 Sebab Anda Perlu Tonton Filem The Garden of Evening Mists

Filem tempatan bertaraf antarabangsa itu menampilkan pelakon Sinje Lee dan aktor Jepun, Hiroshi Abe selaku teraju utama.

Jadi, jangan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu di pawagam berhampiran anda hari ini.