Laman Utama

“Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…” – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh

Shahrin Zulkifle
26/09/2022
13:30 MYT
Melihat kepada reaksi penonton, tidak salah untuk Gempak katakan filem Mencuri Raden Saleh merupakan sebuah filem aksi heist terbaik Indonesia yang pernah ada.
Menyaksikan kutipan penonton yang berjaya diraih seramai 2 juta penonton sejak ditayangkan di Indonesia, sudah cukup membuktikan kejayaan filem berkenaan.
Justeru, tidak hairanlah jika banyak respon positif yang diterima hanya selepas lima hari ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 September lalu.
Menjengah ke laman Twitter, ini merupakan antara komen-komen yang ditinggalkan oleh penonton:
@pikore: “Overall kalau kau orang Malaysia yang masih ragu-ragu nak tengok atau tidak, aku rasa sangat berbaloi pergi tengok. Sebab aku memang tak menyesal langsung bayar tiket wayang, saya akan tengok kali kedua.”
@nobodyfriens: “Rating 5/5! Sinematografi padu, saoundtrack best, lakonan bersahaja dan storyline terbaik.”
@edayisonfire: “Mencuri Raden Saleh memang terbaik, salam daripada Malaysia” antara komen wargamaya.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh bermula 22 September ini di seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
goldmovie

#Gold: Gemuk & Kuruskan Diri Dalam Masa Singkat, Jack Tan Berusaha Keras Jayakan Watak Cheah Liek Hou

gempak
12/07/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Jack Tan berkongsi perubahan bentuk badannya dalam menjayakan watak Cheah Liek Hou menerusi filem Gold.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Laman Utama

Pemenang Utama ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ Terkejut Dapat Kereta Proton X50 - “Kira Macam Hadiah Hari Jadi Saya”

gempak
02/07/2024
04:55 MYT
Pemenang utama kempen ‘Mirinda Riang Raya & Menang Bersama-Sama The Experts’ iaitu Mohd Zaki Hassan, 41 melahirkan rasa syukur apabila menerima hadiah sebuah kereta jenama Proton X50.
Filem

#Gold: Baru Sahaja Keluar Trailer, Ramai Tak Sabar Nak Tengok - "Abang Teh Punya Filem Mesti Kena Tengok!"

gempak
26/06/2024
08:25 MYT
Walaupun baru sahaja trailer dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Gold.