Pengarah terkenal Michael Ang mengakui tidak mempunyai masalah untuk menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di media sosial.

Menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan dia telah membelanja sebanyak RM2,000 untuk membuat giginya di Bangkok, Thailand.

"Buat atau tak buat gigi! Aku mengaku aku buat kat Bangkok RM2,000 plus saje!

"Buat veneers! Buat gigi saje bukan potong tukar Jantina pun!

"Apooooooo! Luv you guys have a great week ahead!," tulisnya.

Buat atau tak buat gigi! Aku mengaku aku buat kat Bangkok 2k plus aje! Buat veneers! Buat gigi aje bukan potong tukar Jantina pun! Apooooooo! Luv u guys have a great week ahead!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata memuji perubahan warna gigi Micheal dan berharap agar dia dapat berkongsi lokasi klinik yang dia mendapatkan rawatan.