“Aku Nak Kurus Bukan Sebab Nak Jual Produk, Tapi...” -Shakilla Khoriri
Syafiqah Jalal
20/12/2019 06:39 MYT
20/12/2019 06:39 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri menafikan menurunkan berat badan kerana mahu menjual produk pelangsingan badan.
Menurut Shakilla dia kini gigih menjalani senaman di gym untuk mendapatkan bentuk tubuh diidamkan supaya dapat menyarung kembali seluar lamanya.
“Aku nak kurus bukan sebab nak jual produk kurus.
“Tapi nak pakai balik seluar lama yang size 27 tu dan nak jadi rakan sebaya @ameenasofia_,” tulisnya.
Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik videonya di gim.
Rata-rata pengikutnya memberi kata-kata semangat supaya Shakilla tidak berputus asa dengan misi tersebut.
Shakilla dan suami, penyampai radio Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan memiliki seorang cahaya mata perempuan Ameena Sofia.