Sajat masih menyepi. Selepas tular dengan kontroversi ingin keluar dari agama Islam pelbagai pihak tampil dengan hujah masing-masing.

Malah, tidak kurang juga ada yang lantang mempertikaikan tindakan usahawan kosmetik terkenal itu.

Terbaharu, tular pula beberapa komen daripada tangkapan layar yang mengugut untuk memboikot produk Sajat.

"Sampah macam ni simple je. Ko boikot dia, produk dia sekali ko boikot. Selagi duit dia bertambah selagi itulah bodoh ikut bertambah.

"Tak payah kasihankan jahanam ini, ini orang Melayu sibuk beli barang dia. Naik kepala lah," tulis seorang pengguna Instagram.



Lebih menakutkan, ada yang berniat untuk membunuh penyanyi lagu Bobo Di Mana itu gara-gara geram dengan tindakannya yang dilihat seolah-olah mempersendakan agama Islam.

"Halal dibunuh," tulis seorang pengguna lain.

"Aku nak rejam dia sekarang," tambah pengguna lain pula.





Menerusi komen lain di Twitter, tindakan ekstrim dan ganas pengguna di media sosial itu tidak sama sekali akan menyelesaikan masalah.

Malah, ugutan sedemikian akan menjadikan insan terancam seperti Sajat lebih tertekan, ketakutan dan akan terus mengelak daripada dibantu.