,
Laman Utama

“Aku Pastikan Netizen Hentam Kau Sampai Rasa Nak Bunuh Diri”- Dedah Diugut, Caprice Tak Berdiam Diri

Syafiqah Jalal
21/07/2021
04:09 MYT
Penyanyi rap dan aktivis, Caprice diugut oleh pengguna laman sosial yang mahu dirinya bunuh diri.
Caprice menerusi akaun Instagram (IG) miliknya mendedahkan mesej peribadi (DM) yang dihantar oleh pengguna laman sosial itu yang mahu memastikan dirinya mati kerana bunuh diri.
“Aku pastikan netizen hentam kau sampai rasa nak bunuh diri. Mampos lagi baik. Ada pun perangai macam bod**,” antara mesej yang diterima.
Caprice tidak berdiam diri, malah menerusi kapsyen yang ditulis dia bakal membawa perkara tersebut ke Polis Diraja Malaysia.
“Tak perlu ugut jaga-jaga. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar? Dua-dua kita boleh uruskan walaupun kita tak sampai KL lagi, insyaAllah,” balasnya.
Menerusi kemas kini tersebut, Caprice turut sertakan wajah pemilik akaun IG yang cuba mengugutnya. Entri tersebut turut mendapat pelbagai reaksi pengikutnya yang merasakan tindakan pemuda itu tidak wajar.
“Tak ada guna nak gaduh gaduh, everyone made mistakes. Sekarang kita support each other,” komen salah seorang pengikutnya.
“Ignore toxic people bro! Just focus on your mission. Takecare there,” nasihat salah seorang warga maya.
“Jangan guna emosi . Banyakkan berdoa Caprice doa senjata umat Islam,” tegur salah seorang netizen.
Caprice difahamkan masih mahu meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin sebelum pulang ke tanah air.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Unitar