Laman Utama
"Aku Penat Baru Habis Gym" - Tak Larat Nak Scan My Sejahtera, Aisar Khaled Disaman RM1,500
Personaliti media sosial Aisar Khaled mendedahkan telah disaman oleh pihak berkuasa sejumlah RM1,500 atas kesalahan tidak mengimbas kod My Sejahtera ketika bersahur di sebuah restoran baru-baru ini.
Aisar, 21, bagaimanapun mengaku bersalah atas kesalahan terbabit dan menceritakan semula alasan yang diberikan ketika serbuan pihak berkuasa.
"Makanan pun dah habis, aku tengah bersahur tiba-tiba tu dia, tadi aku kena rush tapi itu kesalahan akulah, sebab aku tak scan tadi.
"Aku penat sangat terlupa nak scan sebab kaunter berada di dalam. Aduh pening kepala," kata Aisar yang memuat naik video selepas disaman di TikTok.
Selain Aisar, dua lagi kenalan lelakinya yang turut sama bersahur ketika itu disaman atas kesalahan sama.
"Tadi ketika kena rush, ini antara alasan yang kitorang bagi.
"Abang, saya baru sampai tapi mi goreng dah habis. Jangan contoh macam saya cuai tadi penat baru habis gym," tambah mereka lagi sambil tertawa.
Meninjau ruangan komen di akaun TikTok Aisar, ramai yang memberikan peringatan agar tidak melakukan kesalahan sama lagi selepas ini.
Turut menulis di ruangan komen personaliti media sosial itu adalah akaun Polis Diraja Malaysia sendiri.
"Jangan buat lagi tau," pesan pengendali akaun terbabit.
Must-Watch Video