Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Aku Penat Dengan Manusia Yang Nak jadi Tuhan..." - Naim Daniel Luah Perasaan

Badrul Hashim 02/04/2020 | 13:00 MYT
Penyanyi dan pelakon Naim Daniel meluahkan rasa kecewanya dengan keadaan yang terjadi di negara kita. Bukan sahaja soal wabak Covid- 19 yang sedang melanda, tetapi juga apa yang berlaku dalam dunia hiburan sekarang ini.
Luahan tersebut dikongsikan dalam satu entri di Instagramnya berserta IGTV yang bertajuk 'Tasbih Tahmid Tahlil Takbir'.
"Hari ni tak ada lagu, hari ni aku penat. Penat dengan semua benda yang jadi di Malaysia disaat kita dilanda musibah Covid 19 ni. Penat dengan manusia yang nak jadi Tuhan, penat dengan manusia yang bertelagah sesama sendiri sedang sepatutnya kita bekerjasama dalam saat saat yang getir begini.
"Penat dengan manusia yang tak tahu betapa beratnya pengorbanan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kita semua sihat dan mampu jalani hidup seperti biasa, penat dengan langit Malaysia sekarang. Aku penat. Dan aku percaya korang yang membaca ini pun turut sama penat," tulis Naim.
Naim menyeru agar semua berbalik kepada asal, berbalik kepada ajaran agama dan berbalik kepada Tuhan Semesta Alam.
"Tak apa, kita baliklah dulu. Kita balik ramai-ramai, Allah rindu kita semua. Macam mana buruk pun kau, macam mana jahat pun kau, macam mana solat tunggang terbalik pun kau, tak apa, kita balik dulu. Allah rindu. Ya Allah rindu kau. KAU YANG BACA NI.

Hari ni, tak ada lagu, hari ni aku penat. Penat dengan semua benda yang jadi di Malaysia disaat kita dilanda musibah Covid 19 ni. Penat dengan manusia yang nak jadi Tuhan, penat dengan manusia yang bertelagah sesama sendiri sedang sepatutnya kita bekerjasama dalam saat saat yang getir begini, penat dengan manusia yang tak tahu betapa beratnya pengorbanan pihak bertanggungjawab untuk memastikan kita semua sihat dan mampu jalani hidup seperti biasa, penat dengan langit Malaysia sekarang. Aku penat. Dan aku percaya korang yang membaca ini pun turut sama penat. Tak apa, kita baliklah dulu. Kita balik ramai-ramai, Allah rindu kita semua. Macam mana buruk pun kau, macam mana jahat pun kau, macam mana solat tunggang terbalik pun kau, tak apa, kita balik dulu. Allah rindu. Ya Allah rindu kau. KAU YANG BACA NI. Kita balik dulu daripada segala hal hal yang berlaku sekarang ni, daripada yang atasan, yang bawahan, yang berasa layak berada di atas, yang berasa sering dibawah, kita balik dulu. Allah rindu. Kita semua penat. Tapi jangan berhenti untuk mensyukuri nikmat.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

"Kita balik dulu daripada segala hal-hal yang berlaku sekarang ni, daripada yang atasan, yang bawahan, yang berasa layak berada di atas, yang berasa sering di bawah, kita balik dulu. Allah rindu," tulis Naim panjang lebar.
Tambah Naim lagi, setiap daripada kita berasa penat, tetapi dia memohon supaya kita jangan pernah berhenti untuk mensyukuri nikmat Tuhan.
#Naim Daniel #Luahan Hati
;