Seorang individu bernama Hanafi secara tiba-tiba trending di media sosial sejak semalam.

Difahamkan, nama lelaki berkenaan menjadi perbualan ‘hangat’ netizen selepas dia dikatakan curang terhadap isterinya.

Menerusi video yang tular, isteri kepada lelaki itu berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita yang dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan.

Perkongsian itu menerima lebih 200 ribu tontonan dan rata-rata netizen mengutuk tindakan si suami yang menjalinkan skandal di belakang isterinya.

Namun, dalam kes berasingan, pelakon filem Paskal, Taufiq Hanafi turut dikaitkan dengan kontroversi membabitkan lelaki berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Instagram Taufiq, dia berkongsi perbualan mesej berbaur kecaman yang diterima oleh seorang netizen.

“Hanafi, sekarang wanted buat onar, adakah hanafi ini sedang wanted.

“Weh hanafi tu nama ko kan, Taufiq Hanafi,” tulis netizen tersebut.

Menurut Taufiq, dia hairan apabila namanya turut terpalit dalam insiden berkenaan.

“Kerana sebutir Hanafi, aku pun kena tempias, setan betul la,” katanya.

Posting berkenaan kemudian menerima reaksi bercampur baur daripada netizen.

Ada yang bengang dengan sikap sesetengah individu yang suka mengecam secara melulu, namun tidak kurang juga yang meminta Taufiq untuk bersabar.

“Apa ni, nama pun beza, muka pun lain, dah kenapa korang ni”

“Sabarlah Taufiq, sah-sah muka tak sama, layan je la netizen macam ni”

“Aduhai, lawak la, sabar je lah bro,” tulis beberapa netizen.



A post shared by Taufiq Hanafi (@taufiqhanafi11)