Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Aku Pun Tak Sekuat Dia” - Tatap Jenazah Bapa, Kemudian Sambung Exam, Calon SPM Undang Sebak!

Hanafis Haris 25/02/2021 | 04:20 MYT
Seorang pelajar yang juga calon Sijil Pelajar Malaysia (SPM) mencetuskan rasa hiba dalam kalangan warga maya apabila terpaksa menatap jenazah ayahnya sebelum bermula.

Gambar serta video memaparkan Muhamad Haikal Iskandar yang sedang dalam keadaan pilu melihat jenazah ayahnya itu viral sejak semalam.

Menerusi gambar dan video berkenaan, van jenazah dikatakan singgah ke sekolah sekitar 10 pagi.

Haikal kemudian dibawa oleh guru untuk menatap jenazah arwah ayahnya buat kali terakhir.

Tambah menyedihkan, Haikal dilihat turut dilihat mengesat air matanya sambil ditenangkan guru sekolah tersebut.

Difahamkan, Haikal kemudian terpaksa menduduki peperiksaan Sejarah Kertas Dua.

Menerusi tinjauan Gempak di Twitter, rata-ratanya tersentuh apabila melihat Haikal terpaksa berdepan dengan situasi tersebut sebelum peperiksaan bermula.

Kebanyakan mereka juga mendoakan agar pelajar tersebut tabah menghadapi dugaan dan mendapat keputusan cemerlang dalam SPM yang sedang dihadapinya.

“Allahuakbar! Besar betul dugaan kau ni dik, semoga kau diberikan ketabahan hati yang paling tinggi”

“Ya Allah luluhnya.... semoga awak tabah dik, jangan berhenti berharap. Semoga ayah awak ditempatkan dalam kalangan org yang beriman”

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman Aamiin” tulis beberapa netizen.

#Viral #SPM #MuhammadHaikal
;