Hiburan

"Aku Punyalah Happy, Ingat Dia Hadiahkan Aku PS5, Rupa-Rupanya..." - Fad Bocey Kena 'Main Perasaan' Dengan Isteri

gempak
Badrul Hashim
03/11/2020
12:30 MYT
Sponsor Banner
"Aku Punyalah Happy, Ingat Dia Hadiahkan Aku PS5, Rupa-Rupanya..." - Fad Bocey Kena 'Main Perasaan' Dengan Isteri
Siapa yang tak gembira kalau mendapat hadiah yang amat disukai, apatah lagi hadiah tersebut daripada orang yang tersayang.
Itulah yang dirasakan oleh Fad Bocey apabila menerima'gambar' permainan PS5 daripada isterinya. Namun gambar tersebut hanyalah filter Instagram sahaja.
"Aku punyelah happy,ingat mmy @syaheeraarahman hadiahkan aku ps5 ni, rupenye filter.
"Harrey betul IG ni. Jangan main kan perasaan aku boleh tak," seloroh Fad pada kapsyen gambar tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian teman-teman selebriti dan juga peminat-peminat.
Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam mendirikan rumah tangga bersama Nur Syahirah A. Rahman pada 14 Mac 2015.
Pada 20 Oktober lalu, Nur Syahirah atau Syaheera selamat melahirkan cahaya mata mereka yang keempat dan diberi nama Ibrahim Jibriel.
Sebelum itu mereka mempunyai pasangan kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live