Laman Utama

"Aku Rasa Bibir Aku Dah Keras Senyum"- Dikecam 'Kekwat' Nad Zainal Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

gempak
Syafiqah Jalal
13/04/2023
04:43 MYT
Sponsor Banner
"Aku Rasa Bibir Aku Dah Keras Senyum"- Dikecam 'Kekwat' Nad Zainal Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Pelakon Nad Zainal tampil menjelaskan situasi sebenar selepas didakwa sombong atau 'kekwat' ketika menjayakan sebuah acara jualan sehingga tular dalam media sosial baru-baru ini.
Nad Zainal percaya ia adalah isu salah tanggapan segelintir pihak yang mungkin tidak berpuas hati kerana dia tidak sempat memberi layanan secara adil.
“Hal sombong-sombong ini saya dah tak mahu fikir lagi. Untuk diri saya sendiri, saya rasa mungkin ada orang yang tak menerima layanan sama rata macam orang lain.
“Sebab masa dalam acara itu mood saya sangat gembira, tiada masalah. Ada saja yang kata saya okey, ada yang kata tidak. Jadi pada saya semua orang mempunyai penerimaan berbeza.
“Kadang-kadang mungkin silap saya juga nampak muka saya ketat ke apa, jadi buat orang salah faham.
“Mungkin juga dalam sedar tak sedar saya tidak memberikan layanan sama rata kepada semua orang,” katanya pada sesi siaran langsung menerusi TikTok.
Bagaimanapun, Nad memberitahu pada hari berkenaan dia telah memberi layanan sehabis baik buat peminatnya dan tidak menyelindungkan perasaan yang kurang senang atau sebagainya.
“Ya, Allah janganlah bagi orang kata aku sombong lagi. Aku rasa bibir aku dah keras senyum hari itu. Tapi tak mengapa, kita lupakan. ‘Move forward’.
“Apa yang saya tahu saya jumpa orang (saya) selfie, saya gembira. Saya sudah penat,” luah pelakon berusia 32 tahun itu lagi.
Baru-baru ini, pelakon Cina Buta dan suaminya tampil sebagai selebriti jemputan dk sebuah festival bersempena Syawal di Putrajaya, baru-baru ini.
Namun pada acara itu pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 23 Januari lalu itu didakwa berkelakuan sombong apabila tidak senyum atau membalas sapaan peminat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live