Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini

“Aku rate 10/10” - Penonton Puji Filem 35mm, Akui Banyak Elemen Yang Luar Biasa

Izwan Isa 22/06/2022 | 11:50 MYT

Sejak diluncurkan semalam, filem 35mm mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton.

Menerusi salah satu komen yang ditinggalkan di Facebook, ramai yang memuji mutu produksi karya arahan Syahmi Sazli itu, selain jalan cerita dan pengakhiran yang dikatakan luar biasa.
“Syahmi Sazli Production is on another level. Satu filem yang penuh dengan tanda tanya buat penonton berteka-teki. Filem ini main emosi. Ending dia superb.
“Aku rate 10/10. Tak rugi purchased RM15 dekat Astro First. Untuk Syahmi Sazli, terima kasih melahirkan sebuah karya yang dah lama Malaysia takda.
“Semua elemen-elemen dalam storyline main perasan. Tahniah dan terus sukses Syahmi!” tulisnya.
35mm mengisahkan tentang tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam penggambaran ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada tahun Dinasti Cina, zaman jajahan Jepun, pemerintahan British.
Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada di tahun 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun.
Jangan lepaskan peluang untuk melanggan 35mm Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 21 Jun 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
Nak tonton banyak lagi movie menarik? Terus jer ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 untuk lebih banyak filem hebat! Macam-macam movie ada!

#Filem #Syahmi Sazli #35mm
;