"Aku Sayang Kau Kamal, Semua Orang Sayang Kau..." - Chiwan Chilok
Zulaikha Yusof
13/10/2019 01:46 MYT
13/10/2019 01:46 MYT
Pelawak Chiwan meluahkan rasa sedih selepas kehilangan salah seorang anggota kumpulan Chilok, Kamal yang meninggal dunia semalam.
Kata Chiwan, selepas ini tiada lagi insan yang sudah dianggap seperti adik yang akan bersama dan menemaninya.
"Tak ada lagi orang yang panggil aku “Chi” guna suara bass... Tak ada lagi orang yang akan habiskan makanan aku..
"Tak ada lagi orang yang akan bawak patin tempoyak datang KL untuk aku... Walaupun muka kau lagi tua dari aku aku dah anggap kau mcm adik aku sendiri Mal," tulisnya.
Luahan itu dibuat menerusi Instagram (IG) miliknya beserta sebuah video semasa mereka menyertai sebuah pertandingan lawak di sebuah stesen televisyen.
Tambah Chiwan atau nama sebenarnya Mohd Azwan Sabri, walaupun masa perkenalan mereka singkat namun itu sudah amat bermakna buatnya.
"Tenanglah kau disana sahabat.. Aku sayang kau Mal semua orang sayang kau Mal tapi semua kena akur kerana Allah lebih menyayangi kau Mal..
"Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan Kamal kepada kami walaupun hanya sebentar..
"Cukup untuk kami merasai kenangan terindah bersama kau Mal.. Pulanglah Mal kepada Sang Pencipta.. Satu hari nanti aku akan menyusul jua..
"Semoga kau dicucuri rahmat dan berada disamping orang-orang yang beriman.. Al-Fatihah," tulisnya lagi.
Kamal menghembuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya kira-kira jam 4.40 petang semalam.
BACA: Takziah... Kamal Chilok Meninggal Dunia
Jenazah dimandikan di Hospital Putrajaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang pada hari ini.
Terdahulu, Kamal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari 10 Oktober lalu.
BACA: Kamal Chilok Kemalangan, Kritikal Di Hospital Putrajaya
Kamal dibawa ke Hospital Putrajaya dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Akibat kemalangan tersebut, Kamal atau nama sebenar Mohd Kamal Shah Saharuddin mengalami kecederaan pada anggota badan serta kepala dan tidak sedarkan diri.
Selain Kamal dan Chiwan, kumpulan Chilok turut dianggotai seorang lagi pelawak dikenali sebagai Achok.