Laman Utama
“Aku Sayang Kau” - Titip Ucapan Bermakna, Nadzmi Adhwa & Ardell Aryana Sambut Ulang Tahun Pertama Perkahwinan
Aktor Nadzmi Adhwa memdedikasikan ucapan bermakna buat isterinya pelakon Ardell Aryana bersempena meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka.
Menerusi laman sosial Instagram, Nadzmi muat naik sekeping foto perkahwinan serta satu foto keluarga kecilnya untuk tatapan umum.
“Selamat ulang tahun perkahwinan sayang. Terima kasih kerana sudi jadi isteri saya si kerinting setahun yang lalu.
“Alhamdulillah, semoga Allah sentiasa jaga keluarga kecil kita, kita dah bertiga dah! Dah ada Urwa, masih rasa macam mimpi.
“Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya, sahabat baik saya, isteri saya, adiwira saya, aku sayang kau. Happy first year anniversary, another trillion years to go,” tulis Nadzmi di ruangan kapsyen.
Hasil tinjauan Gempak di ruang komen, rata-rata wargamaya memuji hubungan pasangan suami isteri ini serta mendoakan yang terbaik buat rumah tangga mereka.
“Happy anniversary Adhwa dan Ardell, kejap je dah setahun kan. Dari solo, jadi berdua dan sekarang bertiga. Till jannah,” komen seorang wargamaya.
“Semoga keluarga ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT,” doa seorang wargamaya.
“Aww so sweet! Sukanya tengok korang ni,” kata seorang wargamaya lagi.
Sekdar info, Adhwa dan Ardell mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan Ardell selamat melahirkan Arwa Malaikha Urwa pada 5 Jun lalu.