"Aku Sedang Kencing Mak!" - Aksi Roslan Shah Hiburkan Peminat

Elrafaei Sapi
Oktober 14, 2018 04:10 MYT
Penyanyi Roslan Shah memang tidaklah sepopular penyanyi lain tapi dia mempunyai aura tersendiri yang boleh menarik perhatian khalayak termasuk aksi persembahannya yang mencuti hati.
Dalam satu video yang dimuat naiknya menerusi akaun Instagramnya, @realroslanshah menunjukkan dia mengadakan satu persembahan nyanyian bersama pengunjung di sebuah taman tema air.
Memang Roslan Shah menyanyi tapi apa yang mencuit hati ramai pengunjung dan netizen di media sosial yang menonton video tersebut apabila dia menukar lirik lagu yang dinyanyikan sambil mencangkung seolah sedang kencing.
Netizen dikenali sebagai @muhd_syamin menyifatkan aksi Roslan Shah itu sangat kelakar sehingga buat dia ketawa tidak berhenti.
"Reality memang ade pengunjung yg kencing dlm tu cik lan. smbil mandi smbil kncing . hritu pi sana. hancing dlm air tu," kata netizen @mizieahmadhussin.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @realroslanshah
#Roslan Shah