"Aku Sendiri Tak Ada Baju Raya" - Berhabis RM800 Belikan Baju Raya Bekas Suami & Anak, Netizen Sayu Kenang Nasib Anju
Amri Hassan
10/05/2021 13:50 MYT
10/05/2021 13:50 MYT
"Aku tak beli tau baju raya aku, ni aku belikan baju raya kau dengan baju anak. RM800! Aku sendiri tak ada baju raya, last-last aku kena apa? Campak tah*!" itu antara kata-kata Zarina Anjoulie menerusi video yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Dalam video berkenaan, Zarina sedang menangis teresak-esak sambil menunjukkan sehelai baju Melayu berwarna biru lembut yang dibelikan untuk bekas suaminya, Eilyas Azhar atau lebih dikenali sebagai Yas.
Menerusi video yang tular itu juga, Zarina memberitahu dia terpaksa korbankan baju raya untuk dirinya demi membahagiakan suami dan anaknya itu.
"Aku pun tak ada baju sebab hari tu aku tak cukup duit nak beli untuk aku. Pengorbanan seorang bini, kau sanggup beli untuk laki kau, untuk anak.
"Kalau diri sendiri pun tak ada tak apa, betul tak?" kata Zarina lagi.
Video yang tular itu mendapat simpati pengguna media sosial Twitter dan TikTok yang turut sayu dan tersentuh dengan nasib yang menimpa Zarina.
Lebih hiba apabila video yang dari sesi siaran langsung Zarina itu disunting dengan lagu latar Tetap Dalam Jiwa nyanyian Isyana Sarasvati.
"Kalau lalu video pasal Anju ni aku sedih. Kesian dia. Dapat suami tak reti hargai dia. Bini kalau dah sayang mana nak berkira dengan suami. Kalau jadi kat aku pun, memang tak kuasa nak patah balik," tulis seorang pengguna.
"Haduh sedih betul tengok video baju raya Anju tu. Pertama kali rasa sedih tengok video dia," tambah pengguna lain.
"Deep inside Anju, eventho dia macam tu, but I can feel dia sangat sedih sebab kena cerai lagi and dia sayang ex husband dia. She pretend continue her life just like nothing happened but no ones know how hurt she is," tulis pengguna lain.
Zarina dan Yas telah mengesahkan bercerai pada awal Mei lalu selepas dua bulan rujuk semula.
Sebelum ini, tidak sampai sebulan selepas mengumumkan perceraian mereka pada 27 Januari, Zarina dan bekas suaminya rujuk semula kerana tidak mahu berputus asa dengan perkahwinan yang dibina pada 17 Julai 2020 berakhir begitu sahaja.
Terdahulu, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerai pada Disember 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.